Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Penduduk Kuala Balah Celik I.T. Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 18 Julai 2007

Pusat Komputer

Pusat Internet kini juga berada di Kuala Balah

 

KUALA BALAH 17 Julai 2007 – Sungguhpun nama Kuala Balah kurang dikenali dan tidak semasyur nama-nama lain di Jeli, namun tidak ramai yang tahu bahawa penduduk di kawasan ini sebenarnya tidak kurang hebatnya dari penduduk bandar lain, iaitu mereka ini juga celik I.T.

 

Kalau dahulu kawasan Kuala Balah ini sering dikaitkan dengan masyarakat hulu yang tidak "pandai komputer" namun kini anggapan itu sebenarnya perlu ditepis kerana sungguhpun kawasannya agak terpencil ia kini sudah terdapat sebuah pusat komputer yang diusahakan oleh anak tempatan.

 

Menurut pengusaha, En. Mohd B. Idris, sambutan daripada masyarakat disini agak mengalakkan dan dia kini cuba mempelbagaikan khidmat kepada pelanggannya seperti Kelas Bimbingan Komputer serta printing kecil-kecilan.

 

Pusat Internet_2

Sebanyak 17 buah PC disediakan untuk kemudahan pelanggan (gambar kecil-pengusaha)

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement