
Kiri - Perasmian oleh Dato’ Azman Amin Hassan (kanan-simbolik penyerahan watikah oleh wakil peserta berakit)
KAMPUNG SAT 14 Julai 2007 – “Program pada hari ini adalah program yang sememangnya gegak….” Begitulah kata-kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional, Malaysia, YB Dato’ Azman Amin Hassan ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup program itu semalam.
Program sukaneka diantara peduduk Jeli, Tanah Merah dan Machang ini dibawah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Rukun Tetangga telah diadakan bermula sejak 12 Julai sehingga semalam dan telah berlangsung dengan penuh gemilang.
Program yang dilancarkan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berbilang kaum dan politik tentang betapa pentingnya Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional dipelihara dan dikekalkan dalam membentuk sebuah negara yang stabil dan harmoni.
Program perpaduan yang turut dihadiri oleh ADUN Gual Ipoh, Tanah Merah YB. Dato’ Haji Hashim bin Safin telah menyerikan lagi majlis yang penuh semangat ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah, berakit, tarik tali, futsal pasir, bola tampar pasir, boling pasir, kukur kelapa, memanjat tiang licin dan banyak lagi.

Antara penduduk Jeli yang memenangi acara yang dipertandingkan...