
Tengah-Ustaz Shukri sedang memberikan taklimat. (kiri-En Shuhaimi, paling kanan-En Hj. Abd Halil Ibrahim)
KOTA BHARU 12 Julai 2007 - Buat kali yang ke-87 'Program Jelira Mesra' yang diadakan semalam dibawah anjuran Pejabat UMNO Jeli diwakili oleh Setiausaha Peribadi Dato' Pa, En Hj. Abd Halil Ibrahim dengan ditemani oleh En Shuhaimi telah mengundang seramai 38 orang peserta dari Mukim Lubok Bongor.
Program pada kali ini telah menjemput penceramah bebas iaitu Ustaz Shukri Abd. Rahman yang telah memberikan pandangan tentang UMNO dan halatujunya dalam konteks sebenar perjuangan islam dan dalam ucapannya Ustaz Shukri memberitahu bahawa betapa pentingnya kita sebagai rakyat perlu mentaati seorang pemimpin kerana pemimpin merupakan tonggak kecemerlangan negara.
Program selama satu hari itu juga telah mendapat perhatian YB. Aziz Derashid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jeli yang turut turun padang mewakili Ahli Parlimen Jeli, Dato' Mustapa Mohamed.

Gambar kecil - YB. Aziz sedang memberikan taklimat kepada para tetamu