Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Yang Tiada Diingati, Yang sakit Dikunjungi Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 10 Julai 2007

Ziarah

Dato' Pa ditemani oleh Setiusaha Bahagian, En.Mohd Zahari Che Mahmood

 

JELI 07 Julai 2007 - Tiap-tiap yang hidup, pasti menemui mati. Tapi bagi kita yang hidup, dianjurkan agar kita mengingati mereka yang telah pergi. Inilah yang sering dilakukan oleh Dato’Pa apabila pulang ke Jeli. Beliau pasti mengunjungi rumah si mati bagi menyampaikan takziah kepada sanak-saudara yang masih ada.

 

Baru-baru ini Dato’ Pa mengunjungi rumah Allahyarhamah Halimah Musa di Sungai Rual dan Allahyarham Shafie Sapi di Kampung Chedok. Keesokan harinya, Dato’ Pa mengunjungi pula rumah Allaryarhamah Bidah Junuh di Kampung Berdang. Kunjungan beliau amat bererti buat waris yang kehilangan insan tersayang.

 

Bagi yang sakit, tiada apa yang menggembirakan selain kunjungan pemimpin mereka sendiri. Kehadiran Dato’ Pa ke rumah Almaitah Jusoh di Batu Gajah menghadirkan keceriaan buat beliau. Almaitah yang baru seminggu diserang strok dan kini terlantar di rumahnya. Sesungguhnya, kehadiran dan kunjungan pemimpin berjiwa rakyat ini besar ertinya bagi mereka yang dalam kesedihan  dan kesakitan ketika ini.

 

Ziarah_2

Dato' Pa berkunjung ke rumah Allahyarham Shafie Sapi

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement