
Dato' Pa bersalaman dengan para siswa di kolej kediaman UMK
KOTA BHARU 8 JULAI 2007 - "Kewujudan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dapat menjana sektor di pendidikan di negeri ini..."demikianlah kata Dato’ Mustapa Mohamed yang juga Menteri Pengajian Tinggi ketika di temui di kampus UMK, di Pengkalan Chepa. Beliau melakukan lawatan ke sini serta diberi taklimat ringkas yang diketuai oleh Naib Canselor UMK, Prof Ir Dr Zainal Mohamed.
Beliau menjelaskan, para pelajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan diberi penekanan terutama dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran masing-masing. Mengambil kira Bahasa Inggeris adalah bahasa global, para pelajar dikehendaki mencapai standard atau piawaian yang ditetapkan oleh pihak universiti.
Pihak universiti juga katanya menggalakkan pelajar yang berbangsa Melayu mempelajari Bahasa Mandarin manakala bukan bumiputera mempelajari Bahasa Arab. Dengan mempelajari kepelbagaian bahasa ini, para pelajar dapat mempersiapkan diri bagi menghadapi sektor pekerjaan kelak dan ini merupakan satu kelebihan buat mereka.
Sebelum itu, ketika memberi ucapan kepada kakitangan UMK, beliau mengingatkan agar mereka melakukan yang terbaik untuk membuktikan universiti ini adalah universiti pilihan pada masa akan datang. Kejayaan ini adalaah bergantung kepada kredibiliti terutama daripada aspek pengurusan dan pentadbiran.

Dato'Pa memberikan penerangan tentang penekanan yang akan diutamakan oleh UMK kepada media