Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 UiTM Kampus Kota, Sejarah Bagi Rakyat Kelantan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 09 Julai 2007

Kampus kota_1.jpg

Kiri-Taklimat oleh Pengarah UiTM Kelantan, Prof Dato’ Dr Husin Ab Rahman kepada para tetamu

 

KOTA BHARU 8 JULAI 2007 - Penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota, di sini telah menjadi satu sejarah bagi rakyat Kelantan. Dato’ Pa berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar Taklimat Kampus Kota Bharu oleh Pengarah UiTM Kelantan, Prof Dato’ Dr Husin Ab Rahman. Turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Prof Dato’ Dr Ibrahim Abu Shah serta pengurusan tertinggi akademik UiTM yang lain.

 

Dato’ Pa menjelaskan, sebanyak RM 10 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi membangunkan kampus yang mula digunakan pada pertengahan tahun ini. Penubuhan ini mencatatkan sejarah kerana Kelantan kini sudah mempunyai 2 kampus UiTM . Dengan terbinanya UiTM Kampus Kota, secara tidak langsung ianya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di sini. Lokasinya yang strategik akan mewujudkan lebih banyak sumber pendapatan kepada penduduk di sekitarnya.

 

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi meminta rakyat khususnya di Kelantan bersyukur dengan kewujudan banyak institusi pengajian di sini kerana ianya memberi peluang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian mereka kelak.

 

Dato’ Pa juga memuji pihak pengurusan UiTM yang mempunyai perancangan yang rapi serta teliti dalam memastikan penubuhan kampus ini berjalan lancar dan dapat digunakan sepenuhnya pada hari ini.Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi kepada Kampus Kota  untuk setanding dengan kecemerlangan kampus-kampus UiTM yang lain di negara ini.

 

Kampus Kota_2.jpg

Dato' Pa memberikan taklimat ringkas (gambar kecil-Dato' Pa bersama Naib Canselor UiTM sedang ditemubual media)

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement