Dato' Pa ditemani YB Adhan sedang memberikan taklimat ringkas
JELI 8 JULAI 2007 - ’’Senaraikan apa yang tidak mencukupi, dan saya akan usahakan...’’ demikian kata Dato’ Pa ketika menghadiri perjumpaan bersama kakitangan Klinik Kesihatan Batu Gajah, di sini. Turut hadir ialah Yang Berhormat Adhan Kecik serta Dr.Tiew Kee Hup, Pegawai Perubatan Dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Batu Gajah.
Dalam perjumpaan itu, kakitangan serta pegawai diminta menyuarakan pendapat serta masalah untuk dikongsi bersama dengan Dato’ Pa yang juga Ahli Parlimen Jeli. Pelbagai usul yang dikemukakan dan beliau berjanji untuk mengatasi masalah tersebut antaranya berkaitan kemudahan infrastruktur dan frasarana bagi kakitangan.
Adalah menjadi tugasnya selaku ahli parlimen untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana aspek kesihatan adalah perkara asas kepada rakyat. Beliau juga ingin klinik ini dinaik taraf kerana Klinik Kesihatan Batu Gajah agak strategik kerana lokasinya dan sering menjadi tumpuan para pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Sesi soal balas bersama Dato' Pa (gambar kecil-lawatan ke rumah jururawat desa)