Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 UMNO Jeli lancar laman web Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 25 September 2006

Pelancaran Laman Web UMNO Jeli.JPG

JELI 26 Sep 2006 - UMNO Bahagian Jeli melancarkan laman webnya semalam, sekaligus menjadi saluran terbaru dalam menyampaikan maklumat mengenai pelbagai program anjurannya dan perkembangan di jajahan itu.

   Ketua UMNO Bahagian Jeli, Dato' Mustapa Mohamed yang menyempurnakan pelancaran itu berkata, ia juga akan menjadi wadah kepada UMNO Jeli untuk berkongsi maklumat bukan sahaja dengan ahli, malah dengan sesiapa sahaja yang ingin mengenali Jeli dan pemimpinnya.

   Katanya, laman web itu juga merupakan satu lagi kemudahan yang disediakan untuk memperkenalkan tempat menarik di jajahan itu, maklumat penginapan dan sebagainya.

  "Selain itu, ia juga dapat mempromosikan Jeli sebagai lokasi pelancongan menarik, di samping meningkatkan ekonomi rakyat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di Kompleks UMNO Bukit Nangka di sini.

   Laman web beralamat www.umnojeli.net itu diselenggarakan oleh sebuah syarikat bumiputera, HeiTech Padu Berhad (HeiTech).

   Terdapat tujuh segmen maklumat yang terkandung dalam laman web UMNO Jeli itu iaitu Halaman Utama, UMNO Jeli, Kalendar, Buletin Jeli, Cuti-Cuti Jeli, Direktori dan Pembangunan Jeli.

   Mustapa berkata, laman web itu turut memaparkan senarai jabatan kerajaan, sektor swasta dan NGO untuk rujukan masyarakat umum.

   Katanya, pelancaran laman web itu juga merupakan salah satu usaha UMNO Jeli untuk memupuk minat orang ramai khususnya warga Jeli mengenai kepentingan penggunaan teknologi maklumat.

   "UMNO Jeli tidak mahu ketinggalan dalam menjayakan aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat celik IT khususnya di kawasan luar bandar," katanya.

                                                                                                 -Utusan Malaysia-

                                                                               

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement