Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Taklimat Mesyuarat Perwakilan Oleh Dato' Pa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 08 Julai 2007

Mesyuarat Perwakilan

Dato' Pa sedang memberi taklimat

 

JELI 07 Julai 2007 - Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed hari ini telah mempengerusikan Taklimat Mesyuarat Perwakilan Bahagian di Pejabat UMNO, Bukit Nangka, di sini. Turut hadir ialah Yang Berhormat Aziz Derashid (Timbalan Ketua Bahagian), Encik Mustafa Musa (Naib Ketua Bahagian), Bakri Daud (Ketua Pemuda Bahagian) dan Yang Berhormat Adhan Kechik, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga.

 

Dalam ucapannya, Dato’ Pa ingin semua komponen parti membincangkan persiapan parti khususnya dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Jentera pilihanraya perlu dipersiapkan mengikut portfolio masing-masing.

 

Beliau juga meminta bahagian Penerangan agar mencadangkan beberapa nama yang akan dijemput bagi memberi ceramah penerangan kepada umum kelak. Ceramah ini penting bagi  menyalurkan informasi berkaitan parti dan kerajaan kepada penduduk khusunya di Jeli.

 

Dato’ Pa juga mahu semua program yang berbentuk motivasi seperti Jelira Mesra diperkemaskan bagi persiapan pilihanraya kelak. Beliau juga mengingatkan, jika jentera pilihanraya lemah, perjalanan parti khususnya UMNO akan terganggu dan impaknya cukup besar kepada rakyat.

 

Mesyuarat Perwakilan UMNO

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement