Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Dato' Pa Pencinta Budaya Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 07 Julai 2007

Seni silat

Dato'Pa ditemani YB. Aziz sedang menyaksikan pertunjukan Seni Silat

 

JELI 06 Julai 2007 - Sememangnya seni dan budaya tidak dapat dipisahkan dengan orang Kelantan. Malahan Kelantan digelar ‘negeri cantik budaya.’ Pertunjukan seni silat oleh remaja di Kampung Batu Melintang baru-baru ini mencuri perhatian Dato’ Pa sendiri.

 

Dato’ Pa yang menghadiri majlis perkahwinan di rumah Encik Noordin Mustaffa agak terpegun dan terhibur dengan pertunjukkan yang dipersembahkan oleh pesilat-pesilat yang dijemput khas untuk membuat persembahan pada hari itu.

 

Selesai saja menjamu selera, Dato’ Pa bergegas ke tempat persembahan untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Beliau yang dikelilingi oleh kanak-kanak dan penduduk kampung kelihatan beberapa kali menepuk tangan tanda terhibur dengan persembahan tersebut.

 

Reaksi Dato’ Pa jelas menunjukkan beliau adalah ‘pencinta’ seni dan budaya negeri Kelantan walaupun kegiatannya agak ‘suram’ dan seolah-olah tidak bermaya di negeri ini. Sayang sekali jika aktiviti seni ini tidak dikembangkan, ianya akan tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.

 

Acara Muai Thai

Seni Muay Thai turut dipersembahkan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement