
Dato' Pa bersama-sama YB. Aziz Derashid dan Dato' Husin, Pengarah UiTM Machang (berdiri berbaju putih) menyerikan Majlis.
JELI 06 Julai 2007 - Ketibaan Dato’ Pa ke majlis kahwin di rumah Encik Noordin Mustaffa di Kampung Batu Melintang, di sini semalam telah menambahkan lagi kemeriahan pada hari ini. Beliau yang diiringi oleh Pengarah UITM Machang, Prof. Dato Dr Husin Ab Rahman tiba kira-kira jam 3 petang dan sempat menjamu selera bersama penduduk kampung.
Selesai saja menjamu selera, Dato’ Pa menemui penduduk yang kelihatan gembira dengan kehadiran beliau. Layanan penduduk kepadanya jelas menunjukkan Dato’ Pa cukup disenangi dan disayangi di sini.
Ada yang datang menemui beliau untuk menyatakan masalah dan seperti biasa, Dato’ Pa memberikan perhatian kepada setiap hal yang diajukan dengan penuh komited sebagai seorang pemimpin, sejajar dengan kata-kata beliau "Membantu rakyat adalah agenda utama saya..."
Kira-kira sejam di situ, Dato’ Pa dan rombongan berangkat pulang. Kehadiran Dato’ Pa cukup bermakna kepada pengantin, Muhd Tarmizi dan pasangannya, Siti Aminah Abdullah kerana hari bahagia ini dihadiri oleh pemimpin kesayangan mereka sendiri.

Atas-Dato' Pa sedang bermesra dengan para hadirin (bawah-Dato' Pa menjamu selera bersama rakyat)