Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mahkamah Jeli; Mercu Tanda Bandar Baru Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 07 Julai 2007

Majlis Perasmian yang penuh gemilang

Kiri-para hadirin yang hadir serta tetamu kehormat (Kanan-Perasmian Mahkamah Jeli dilakukan dengan penuh simbolik)

 

JELI 06 Julai 2007 - Sejak pagi lagi perkarangan Mahkamah Majistret Jeli telah dipenuhi oleh orang ramai. Tetamu kenamaan dan penduduk Jeli bagaikan tidak sabar menyaksikan upacara penuh bersejarah pada hari ini. Majlis perasmian Mahkamah Majistret Jeli oleh  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menjadi satu kebanggaan bagi penduduk Jeli.

 

Pembinaan Mahkamah Majistret Jeli merupakan satu lagi mercu tanda di bandar Jeli. Bangunan yang tersergam indah ini yang mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi pada 31 Ogos 2003. Bangunan ini dibina di atas tapak seluas 1.035 hektar dan mempunyai keluasan lantai sebanyak 1575 meter persegi.

 

Pembinaan mahkamah yang menelan belanja hampir RM 4 juta ini membuktikan kerajaan khususnya UMNO yang dipimpin  oleh Ahli Parlimen Jeli,Dato’ Mustapa Mohamed begitu prihatin untuk memperlengkapkan badan kehakiman dengan ruang dan kemudahan yang diperlukan.

 

Dengan terbinanya Mahkamah Majistet Jeli ini,ia akan meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan keadilan khusus bagi masyarakat Jeli dan Kelantan amnya.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement