Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mahkamah Majistret Jeli, cetusan idea Dato’ Mustapa... Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Julai 2007

Dato' Pa ketika majlis Perasmian Mahkamah Jeli

Kanan-Dato' Pa bersalaman menyambut ketibaan DYMM Sultan Kelantan (kiri atas-Dato'Pa dan

Ketua Hakim Negara serta tetamu kehormat yang lain sedang menungggu keberangkatan tiba DYMM Sultan)

 

JELI 05 Julai 2007 - Ketua Hakim Negara, Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim menyifatkan pembukaan Mahkamah Majistret Jeli adalah cetusan idea Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Mahkamah Majistret Jeli yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, di sini.

 

Badan kehakiman katanya amat berterima kasih kepada Dato’ Mustapa  Mohamed dan berharap dengan terbinanya Mahkamah Majistret Jeli yang menelan belanja hampir  RM 4 juta ini secara tidak langsung dapat memberi rakyat akses yang lebih mudah kepada keadilan.

 

Pembinaan Mahkamah Majistret Jeli ini katanya adalah satu lambang kebanggaan badan kehakiman di negara ini terutamanya kepada rakyat Kelantan khususnya penduduk di Jajahan Jeli.

 

Dengan terbinanya mahkamah ini, penduduk khususnya di Jeli tidak perlu lagi berulang-alik ke Mahkamah Tanah Merah untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perundangan dan kehakiman. Beliau juga berharap warga Mahkamah Majistret Jeli dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai khususnya penduduk di jajahan ini.

 

Bilik Sidang Mahkamah Baru Jeli

Bilik Sidang Mahkamah Baru Jeli  (gambar kecil kanan-Ketua Hakim Negara sedang memberikan ucapan)

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement