
Simbolik Perasmian oleh DYMM Sultan Kelantan (kanan-DYMM Sultan Kelantan memberikan titah ucapan)
JELI 05 Julai 2007 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkenan mencemar duli merasmikan Mahkamah Majistret Jeli, di sini.Turut hadir ialah Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan dan Yang Teramat Mulia Tengku Muhamad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.
Dalam titahnya, pembinaan Mahkamah Majistret Jeli merupakan mercu tanda di Bandar Jeli dan berharap pembukaan makamah ini akan menyemarakkan lagi semangat warga kehakiman yang terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.
Dengan peningkatan mutu perkhidmatan tersebut,rakyat khususnya di Jeli akan sentiasa yakin dengan kredibiliti badan kehakiman di negara ini.
Turut hadir di majlis itu ialah Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Puteri Sultan Ismail Petra, Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahli Parlimen Jeli, Ketua Jajahan Jeli dan tetamu kehormat yang lain.