
Dato' Pa kelihatan mesra dengan para tetamu
KUALA LUMPUR 30 Jun 2007 - Persatuan Anak Jeli di Kuala Lumpur dan Selangor (FAJAR) mengadakan Majlis Makan Malam “Jasamu di Kenang” di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan adalah untuk mengutip derma mengisi tabung FAJAR bagi menjalankan pelbagai program dan aktiviti FAJAR.
Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Jeli. Hampir 1000 orang hadir dalam majlis tersebut yang turut diserikan dengan persembahan pentas oleh Elyana, Caroen, Kumpulan URS dan Persembahan Dikir Barat oleh Halim Yazid.
En. Mat Abu Hamat, Pengerusi FAJAR merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penderma dan penyumbang-penyumbang yang telah banyak membantu FAJAR dalam menggerakkan aktiviti dan program-program samada di Jeli atau di Kuala Lumpur.
Turut hadir menyerikan lagi majlis tersebut ialah tokoh-tokoh korporat yang berasal dari Kelantan.

Datin Kamarzan , isteri Dato' Pa turut menyerikan majlis