
Dato' Pa sedang beramah mesra dengan pelajar-pelajar UMK
KOTA BHARU 2 Julai 2007 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian berteraskan perniagaan kini menjadi simbol dan teras ilmu pendidikan di Kelantan.
Pendaftaran 300 orang pelajar di kampus sementara Taman Bendahara disini semalam dilihat sebagai satu jumlah yang memberangsangkan dan dijangka akan meningkat lagi kepada 400 orang melalui permohonan rayuan dan kemasukan tambahan.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato Mustapa Mohamed, beliau berasa bangga dan berharap UMK bukan sahaja berjaya manghasilkan pelajar yang berkualiti malah beretika dan berdisiplin.
Menurut beliau lagi masyarakat dan keluarga perlu memberi sokongan moral kepada pelajar walaupun mereka kini masih lagi belajar di kampus sementara, beliau menambah lagi “Saya yakin dengan kewujudan UMK, ekonomi masyarakat Kelantan akan terus bertambah….”

Dato' Pa bersalaman dengan para penjaga