Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 RM 105 Juta Selenggara Jabatan Kerajaan di Kelantan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 25 September 2006

Penyerahan Cek.JPG

JELI, 26 Sep 2006 - Peruntukan kerajaan Pusat bagi penyenggaraan jabatan-jabatan kerajaan di negeri Kelantan pada tahun ini meningkat kepada RM105 juta berbanding hanya RM25 juta pada tahun lalu.

   Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tindakan Negeri Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed berkata, penambahan itu bertujuan menyediakan persekitaran dan kemudahan kerja yang lebih baik dan selesa di jabatan-jabatan Persekutuan dan negeri.

   Menurutnya, ia juga menunjukkan kerajaan Pusat tidak bersikap pilih kasih dalam melaksanakan dasar pengagihan peruntukan kerana bangunan milik kerajaan negeri turut mendapat faedah.

   " Jumlah peruntukan sebenar itu tidak pernah diperoleh oleh Kelantan sebelum ini", ujarnya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Jeli di Kompleks UMNO Bukit Bunga di sini semalam.

   Lebih 500 ahli UMNO dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Abdul Aziz Derashid menghadiri majlis berkenaan.

   Majlis itu turut diserikan dengan majlis tadarus al-Quran, kuliah Ramadan dan penyampaian cek kepada ketua-ketua jabatan.

   Mustapa yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, daripada jumlah yang diperuntukan itu, sebanyak RM65 juta akan digunakan untuk membaik pulih bangunan polis, kem tentera, pejabat kadi, pejabat tanah dan jajahan serta masjid.

  Jumlah selebihnya, kata beliau, akan digunakan untuk penyediaaan kemudahan asas yang diperlukan rakyat.

  Mengenai pembinaan pusat komuniti di setiap Parlimen seluruh negara, beliau berkata, sehingga ini, sebanyak 34 buah sudah diwujudkan manakala 25 projek lagi sudah dimasukkan dalam Rancangan malaysia Kesembilan (RMK-9).

                                                                                                                    -Utusan Malaysia-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement