Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Perginya Seorang Pejuang.... Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 02 Julai 2007

wira yg telah pergi.jpg

Jenazah Pak Muda Yassin di bawa ke perkuburan (Gambar kecil-Dato' Pa melawat Allahyarham ketika sakit)

 

KG. BELAHAT, 2 Julai 2007 – Tn. Hj. Hussin Yaakub atau lebih dikenali Pak Muda Yassin, Pengasas Kg Belahat dan Kg Berdang dalam Kawasan Parlimen Jeli meninggal dunia petang semalam.  Allahyarham meninggal dunia pada jam 8.30 malam di kediaman beliau akibat sakit tua.

 

Allahyarham bersama dengan Tok Soud dan Tok Debek membuka Kg Belahat dan Kg Berdang sekitar tahun 1960an.  Meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak serta berpuluh cucu. Alahyarham juga merupakan seorang Ketua Cawangan UMNO Kg. Belahat yang setia pada perjuangan parti dan tidak pernah meninggalkan UMNO semasa UMNO mengalami krisis.

 

Allahyarham pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Kemerdekaan sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Parlimen Jeli pada tahun 2003. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh UMNO Bahagian Jeli. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement