
Prof Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin menyampaikan surat tawaran ke UMS kepada bakal pelajar
JELI 27 Jun 2007 - Majlis Pengenalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berlangsung di Darul Falah,di sini.Majlis yang bertujuan untuk memperkenalkan UMS kepada bakal siswa-siswi itu dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Sabah, Prof Dato’ Dr.Mohd Noh Dalimin, Encik Zahari Kechik selaku wakil Ahli Parlimen Jeli dan Puan Rohida dari Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah dan Jeli.
Di majlis itu juga ,70 orang telah menerima surat tawaran daripada Naib Canselor UMS,Prof Dato’Dr Mohd Noh Dalimin.Seramai 199 orang pelajar dari seluruh Kelantan telah ditawarkan melanjutkan pengajian masing-masing di Universiti Malaysia Sabah(UMS) bagi sesi Julai ini.
Dalam ucapannya, Dato’ Dr.Mohd Noh Dalimin mengucapkan tahniah kepada bakal para siswa-siswi dan berharap mereka merebut peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencipta kecemerlangan diri. UMS katanya mengalu-alukan kedatangan mereka dan bersedia untuk menjadi salah sebuah universiti ‘pilihan’ pada masa akan datang.

Bakal pelajar dengan berbesar hati menerima surat tawaran daripada UMS