
Ainur Basitah dan keluarga bersama Dato' Pa
JELI 29 Julai 2007 - Hari ini hari yang bermakna buat Ainur Basitah Johar. Ainur yang dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak datang ke sini untuk melapor diri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang pada Ahad ini di datangi oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed.
Dato' Pa sempat bertanya khabar dan memberi kata-kata perangsang kepada Ainur yang akan mengikuti kursus Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM kelak. Beliau juga sempat beramah mesra dengan ahli keluar Ainur yang singgah di R&R Jeli sebelum meneruskan perjalanan ke Machang.