Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 "28 Tahun Yang Membanggakan..." Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 30 Jun 2007

Dato Pa memberi Ucapan

Dato' Pa memberi Ucapan Perasmian Majlis Makan Besar di Kem 302


JELI 29 Jun 2007 - ''Sejak ditubuhkan 28 tahun yang lalu, pasukan ini telah melalui pencapaian yang cukup membanggakan khususnya dalam mengawal sempadan negara...'' demikianlah antara ucapan Dato' Pa ketika merasmikan Program Makan Besar Kem 302 Batu Melintang, di sini semalam. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Ghulam Rasul Haji Abdus Shubahan, Pegawai Memerintah 302, Infantri Askar Wataniah dan juga Encik Serpudin Mohamed, Ketua Jajahan Jeli.

Beliau juga cukup gembira kerana dapat bersama warga pasukan infantri pada hari ini kerana kerajaan sememangnya berkeyakinan dengan kredibiliti pasukan ini khususnya dalam tugasan mengawal sempadan dan keselamatan. Kecemerlangan pasukan ini bukan saja diketahui di sini, malahan telah menjadi buah mulut para anggota lain yang berada di luar negara.

Dato' Pa juga berharap warga Infantri Askar Wataniah dapat terus mempamerkan kecemerlangan pada masa akan datang dan mengekalkan kejayaan yang mereka miliki kini.

Makan Besar Kem 302

Warga Kem 302 menjamu selera

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement