
Dato' Pa meninjau salah satu pembinaan yang sedang dijalankan di Kem 302 Batu Melintang
JELI 29 Jun 2007 - Kemudahan infrastruktur kem akan terus dipertingkatkan seiring dengan kemajuan yang ada sekarang.Dato' Pa menyatakan demikian ketika berucap di Program Makan Besar Kem 302 Batu Melintang,di sini.Selaku Ahli Parlimen katanya,adalah menjadi tugas beliau untuk memastikan kebajikan warga khususnya dari kem ini akan terus terjamin dan memastikan keselesaan akan terus dijaga.
Kerajaan katanya lagi sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan keselesaan anggota kerana pasukan ini sememangnya antara yang terbaik di negara ini dan banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.Pembinaan yang dijalankan adalah bukti kerajaan begitu prihatin dengan warga pasukan yang sentiasa bersedia menjaga keselamatan dan kestabilan negara.

Warga Kem 302 Batu Melintang menyambut kedatangan Dato'Pa