Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 EES; Kesinambungan Usaha Dato' Pa... Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 29 Jun 2007

EES_Interview

En Yusni Afindi Lokman sedang memberikan penjelasan mengenai EES kepada wartawan

 

JELI 28 Jun 2007 - Sekolah Kebangsaan Batu Melintang (SKBM) semalam telah menerima kunjungan kerja oleh 3 orang pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Putrajaya.

 

Kunjungan tersebut antara lain meninjau perkembangan program Perisian Pembelajaran Bahasa Inggeris (EES) di SKBM yang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Mustapa Mohamed pada 10 Februari lalu.

 

Gurubesar SKBM, Cikgu Nordin berkata “Saya amat berterima kasih kepada Dato’ Pa di atas sumbangan perisian tersebut kepada pihak sekolah....”. Sumbangan ini ternyata memberi kesan yang amat baik khususnya dalam perkembangan Bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar di SKBM ini dimana seramai 32 orang pelajar SKBM yang menduduki UPSR tahun ini telah mendapat 5A dengan peningkatan akademik sebanyak 87.9%.

 

Salah seorang pegawai KPM yang ditemui, En Yusni Afindi Lokman, daripada Sektor Pentadbiran, Kewangan dan ICT turut menyokong program ini katanya, “Kita tidak mahu apa yang telah kita usahakan ini hanya sekadar menjadi Gajah Putih, pihak kerajaan melalui KPM akan sentiasa memantau dan memastikan agar usaha yang telah dimulakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, selaku Ahli Parlimen Jeli iaitu YB Dato' Pa kearah kecemerlangan pendidikan rakyat ini akan terus dihidupkan dan mendapat perhatian yang sewajarnya.”

 

Menurut beliau lagi, pihak kerajaan akan mengeluarkan satu 'standard' yang khusus bagi memastikan segala kemudahan prasarana dan infrastruktur ICT yang disediakan disekolah-sekolah luar bandar ini akan memenuhi standard terkini pembelajaran dan setanding dengan apa yang diperolehi oleh pelajar-pelajar lain khususnya di bandar.

 

EES_Lawatan KPM

Pegawai daripada Kementerian Pengajian Malaysia sedang memerhatikan pelajar menggunakan perisian

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement