
Encik Zahari menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang peserta
JELI 28 Jun 2007 - Seramai 230 orang telah dipilih untuk menerima Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dan Kuala Balah, Parlimen Jeli. Seramai 57 orang asli dari Sungai Rual juga turut menerima bantuan yang berupa makanan utama harian itu.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Bahagian UMNO Jeli, Encik Mohd Zahari dan juga Ketua Wanita, Puan Roslinah Mohamad. Menurut Encik Zahari dalam ucapan perasmiannya, UMNO khususnya bahagian Jeli sentiasa mengambil berat tentang kebajikan terutama golongan yang berpendapatan rendah.
Beliau juga meminta para penduduk yang berkenan agar sentiasa berhubung dengan UMNO Bahagian bagi memudahkan pihaknya mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan kerana UMNO sentiasa mengambil pendekatan untuk membantu rakyat khususnya golongan miskin.

Penduduk miskin menerima bantuan PTMS dengan penuh gembira