
Dato' Pa bersama 3 orang pelajar bisu
JELI 24 Jun 2007 - Jika di lihat,mereka kelihatan seperti pelajar lain.Tetapi apa yang membanggakan Dato' Pa ialah 3 orang pelajar ini adalah bisu dan berjaya melanjutkan pengajian ke politeknik. Ketiga-tiga mereka adalah anak Jeli dan akan memulakan pengajian pada sesi Julai ini.
Keistimewaan mereka menarik perhatian Dato' Pa dan beliau memberi kata-kata perangsang kepada pelajar terbabit agar lebih berjaya dan mampu menyaingi dengan para pelajar lain kelak. Kejayaan mereka ini kata Dato' Pa adalah kerana kerajaan sememangnya menitikberatkan pendidikan khususnya pelajar-pelajar luar bandar.