
bersalaman dengan para pelajar Politeknik Jeli
JELI 24 Jun 2007 - ''Daripada 22 000 orang yang telah ditawarkan masuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi Julai ini, 140 daripadanya adalah dari Jeli''. Demikianlah ucapan Dato' Pa ketika merasmikan Majlis Suaikenal Pelajar Baru Politeknik Parlimen Jeli di Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) di sini.
Katanya lagi,beliau cukup berbangga dengan pencapaian ini dan akan meminta untuk dipercepatkan pembinaan Politeknik Jeli yang dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini. Sebagai Ahli Parlimen, Dato' Pa ingin lebih ramai anak Jeli melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi seperti di politeknik-politeknik seluruh negara.
Dato' Pa juga menegaskan adalah menjadi agenda utama beliau untuk memberi bakti dan membantu rakyat terutama dalam aspek pendidikan kerana ia adalah teras kepada pembangunan kepada masyarakat.