
Dato' Pa menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada ahli KOPKEJAT
JELI,24 JUN- Ahli Parlimen Jeli,Dato'Mustapa Mohamad telah merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pekebun Getah Jajahan Tanah Merah&Jeli Berhad(KOPKEJAT) kali ke 12 di Dewan Sekolah Menengah Ayer Lanas,Jeli.Turut hadir ialah Yang Berhormat Mohd Adhan Kechik selaku Pengerusi Anggota Lembaga KOPKEJAT dan Pengarah RISDA negeri Kelantan.
Dalam ucapannya,Dato' Mustapa berharap kewujudan koperasi seperti KOPKEJAT dapat menguntungkan semua pihak terutama mereka yang menjadi ahli dalam koperasi seperti ini.Kerajaan katanya lagi sentiasa meggalakkan rakyat khususnya di daerah Jeli supaya sentiasa merebut peluang yang ada bagi meningkatkan pendapatan masing-masing pada masa akan datang.
Beliau juga memuji pengurusan koperasi yang pernah memenangi Koperasi Pekebun Kecil Terbaik bagi tahun 2005 dan berharap KOPKEJAT terus meningkatkan prestasi mereka setanding dengan koperasi-koperasi yang lain di negara ini.
.