Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 UMNO Kelantan Dapat Perhatian Khusus Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 23 Jun 2007

KOTA BHARU 23 Jun 2007 - Taklimat daftar pemilih oleh Setiausaha Agong YB Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad diadakan khusus untuk  Jentera pilihanraya setiap parlimen di Negeri Kelantan bertempat di Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Hampir 400 orang hadir dari setiap parlimen yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian masing-masing.

   Taklimat hampir dua jam itu diberi perhatian penuh oleh peserta. Dalam taklimat tersebut, YB Dato' Seri menyatakan bahawa UMNO Kelantan mendapat perhatian khusus daripada UMNO Malaysia bagi memastikan UMNO Kelantan akan mencapai kejayaan dalam pilihanraya akan datang.

   Seramai 18 orang daripada UMNO Bahagian Jeli turut serta dalam taklimat tersebut diketuai oleh YBhg Ustaz Mohd Zahari Che Mahmood, Setiausaha UMNO Bahagian Jeli. Turut hadir YB En Mohd Adhan Kechik, ADUN Bukit Bunga.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement