Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Liga Sukan Komuniti Dilancarkan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 24 Jun 2007

MACHANG 23 Jun 2007 - Seramai lebih 4000 peserta Liga Sukan Komuniti seluruh Negeri Kelantan berkumpul di SMS Machang dalam Majlis Pelancaran Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Seri Panglima Hj Annuar Hj Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Perbarisan masuk setiap kontinjen mewakili setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) memeriahkan lagi majlis tersebut. Setiap kontinjen DUN seramai 101 orang didahului oleh Pengarah DUN dan Pengerusi Kelab Sukan Komuniti.

Parlimen Jeli diwakili oleh 350 orang peserta merangkumi ketiga-tiga DUN iaitu DUN Bukit Bunga, Ayer Lanas dan Kuala Balah. Peserta terdiri daripada 4 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam Liga Sukan Komuniti iaitu Futsal, Sepaktraw, Bola Jaring dan Bola Tampar.

Dengan pelancaran peringkat negeri, maka Liga Sukan Komuniti yang melibatkan 4 jenis sukan peringkat DUN akan diadakan pada bulan Jun hingga Ogos 2007 setiap DUN di Negeri Kelantan dan peringkat parlimen dan negeri pula akan diadakan pada awal September 2007.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement