|
|
|
|
|
|
|
Dell bantu pelajar pedalaman celik IT
|
 |
|
Location: Blogs Buletin Jeli Hebahan |
 |
| Posted by: umnojeli_admin |
07 Mei 2006 |
Jeli 7 Mei - seramai 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah di sini -antara kawasan paling terpencil di Kelantan- kini memiliki pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) setelah mengikuti kursus asas komputer anjuran sebuah syarikat komputer gergasi dunia.
Pengetahuan itu diperolehi melalui kursus yang diikuti selepas waktu persekolahan melalui program Techknow anjuran Dell Inc.
Pengarah Kejuruteraan Operasi Perniagaan Dell Asia Pasific Sdn Bhd Mazdin Tankofli berkata program itu bertujuan membawa teknologi kepada pelajar dan masyarakat luar bandar.
"Sebagai pembekal teknologi kepada bidang pendidikan, kami percaya setiap kanak-kanak perlu memiliki kemampuan untuk menerima, menggunakan dan memahami teknologi. Bagaimanapun, kami dapati teknologi tidak diagihkan dengan sama rata kepada pelajar dan sebab itulah kami memberi sokongan kepada suatu program yang mudah tetapi berkesan bagi membantu kanak-kanak dan anggota masyarakat daripada keluarga berpendapatan rendahmendapat akses untuk menggunakan dan mengikuti latihan dalam bidang digital," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Melalui program itu, pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dari keluarga kurang berkemampuan yang menunjukkan prestasi baik dalam bidang akademik, diberi kursus tentang cara memasang komputer, menggunakan perisian dan Internet melalui bimbingan kakitangan syarikat itu.
Setelah tamat mengikuti latihan berkenaan selama 40 jam, pelajar terbabit diberi sebuah komputer terpakai setiap seorang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah adalah sekolah kelima yang mendapat manfaat daripada program itu sejak ia diperkenalkan di negara ini dua tahun lepas.
"Kira-kira 100 pelajar dari Pulau Pinang dan Pahang telah selesai mengikuti kursus ini di Malaysia",menurut kenyataan berkenaan program itu yang diperkenalkan di Amerika pada 1998.
-Bernama |
|
| Permalink |
Trackback |
|
|
|
|
|
Kategori
|
 |
|
|
|
|
|
Buletin Jeli
|
 |
|
|
|
|
|
Buletin Jeli
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|