
BESUT 21 Jun 2007 - Biro Penerangan UMNO Bahagian Jeli menganjurkan Kursus Penceramah Pemantapan Diri (Pidato Umum) di salah sebuah chalet di Besut, Terengganu. Kursus tersebut dihadiri oleh penceramah-penceramah setiap Pergerakan PEMUDA, WANITA, PUTERI dan Bahagian.
Peserta kursus diberi input-input dan bahan-bahan ceramah serta didedahkan dengan teknik ceramah yang betul dan berkesan semasa mengadakan ceramah. Fasilitator terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang komunikasi dan ceramah seperti Ustaz Ahmad Che Kob, Professor Madya Norhayati daripada UiTM Cawangan Kelantan.
Ustaz Mohd Zahari Che Mahmood Pemangku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jeli merasmikan kursus tersebut. Beliau berharap dengan adanya kursus seperti ini peserta dapat menyampaikan ceramah dengan isu-isu yang lebih relevan dan bersangkut paut dengan kehendak dan misi YB Dato' Mustapa Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Jeli. Peserta juga mesti sentiasa bersiap sedia bagi manghadapi pilihanraya yang bakal tiba bagi mengadakan ceramah khususnya dalam Parlimen Jeli.