Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kemalangan akibat tiada lampu isyarat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 24 Jun 2007

JELI 24 Jun 2007 - Satu kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dan motor jenis Yamaha berlaku di Simpang Empat Bandar Jeli sewaktu hujan, kira-kira jam 5 petang semalam.

   Kereta tersebut yang datang dari arah Jalan Sawmill dipercayai tidak berhenti di simpang tersebut dan bertembung dengan motor yang juga tidak berhenti serta datang dari arah Kuala Balah.

   Pemandu Kancil tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu motorsikal cedera ringan dan dihantar ke hospital Jeli oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan.

   Penduduk merasakan antara punca kemalangan sering berlaku disini adalah kerana simpang ini tidak mempunyai lampu isyarat.

   Menurut salah seorang pengguna jalanraya, Zakaria Ismail, pembinaan lampu isyarat seharusnya disegerakan oleh pihak berkenaan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

   " Simpang ini sentiasa sibuk kerana ia berdekatan Bandar Jeli dan penduduk sering berulang alik menggunakan jalan ini untuk ke hospital, sekolah, pasar dan sebagainya.

   "Ia turut melambangkan imej Bandar  Jeli yang sepatutnya mempunyai lampu isyarat kerana ia bertaraf bandar, " kata Zakaria.

   Tambahnya, dia sering melihat kemalangan berlaku di situ dan turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika melaluinya.

   " Saya merasakan, pemandu mesti berhenti di simpang ini sebelum mereka meneruskan perjalanan.

   Selain itu, seiring dengan pembangunan pesat di Jeli, jumlah kenderaan juga bertambah samada dari pengunjung luar daerah dan penduduk setempat.

   " Simpang ini pula mengelirukan orang ramai terutamanya bagi pengguna yang belum terbiasa dengan keadaan di sini, " katanya.

 

- Sinar Harian -

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement