
bertandang ke rumah mendengar masalah penduduk
JELI- ''Saya akan terus berkhidmat membangunkan Jeli dengan sikap terbuka demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat...'', kata Dato' Pa. Ucapan itu seiring dengan asas perjuangaan UMNO yang ingin memastikan semua rakyat mendapat keselesaan hidup dan kebajikan mereka terjamin.
Maka tidak hairanlah,apa jua masalah rakyat yang dikemukakan,beliau mengambil beberapa pendekatan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Banyak sekali jasanya bersama UMNO bahagian membantu mereka yang memerlukan ,anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan juga mereka yang ditimpa musibah seperti banjir atau kebakaran.
Dato' Pa dan UMNO Jeli telah beriktikad untuk memberi sepenuh komitmen bagi menjayakan misi yang dirangka selama ini iaitu Jeli seiring dengan kepesatan negara ini.