
Dato' Pa ketika merasmikan salah satu projek pertanian di Jeli
JELI- Mana-mana negara maju di dunia,pasti tidak akan melupakan sektor pertanian dalam pembangunan mereka.Oleh kerana itulah,Dato' Pa selaku Ahli Parlimen Jeli telah meggalakkan rakyat Jeli khususnya untuk bergiat lebih aktif dalam sektor pertanian.
Di Jeli,banyak diusahakan tanaman halia,lada dan juga sayur hidroponik.Selain itu,penternakan komersial juga dijalankan seperti penternakan lembu,kambing,ayam dan juga ikan air tawar.Dato' Pa juga menggalakkan para petani untuk mempelajari kaedah dan juga teknologi terkini untuk meningkatkan hasil pertanian mereka.
Bantuan seperti modal dan kepakaran telah diusahakan oleh Dato' Pa dengan kerjasama agensi-agensi tertentu seperti FAMA,FELCRA dan juga RISDA dalam meningkatkan industri pertanian di Jeli.