
Dato Pa merasmikan salah satu projek pembangunan di Jeli
JELI- Jika daerah lain mensasarkan tahun tertentu bagi pembangunan kawasan tersebut,keadaan ini tidak berlaku di Jeli.Semenjak dipilih sebagai Ahli Parlimen Jeli pada tahun 2004,Dato'Pa telah membuat perancangan terperinci terutama dari sudut pembangunan khususnya kepada rakyat di sini.
Sudah menjadi matlamat UMNO Jeli yang diketuai ole Dato' Pa sendiri,pembangunan adalah agenda utama bagi memastikan Jeli mencapai matlamat sebagai Parlimen Contoh di negara ini.Semua jentera UMNO khususnya di Jeli sering memantau masalah rakyat di sini dan mereka akan mengambil beberapa pendekatan tertentu bagi mengatasi masalah yang di hadapi oleh penduduk.
Kini rakyat di kawasan Parlimen Jeli ini sudah yakin dengan keberkesanan pucuk pimpinan yang di ketuai oleh Dato'Pa yakni UMNO sajalah dapat merubah nasib rakyat Jeli yang selama ini agak ketinggalan berbanding kawasan lain di Kelantan.