
JELI-Walaupun agak sibuk dengan portfolio sebagai Menteri Pengajian Tinggi,Dato’ Pa sering meluangkan masa bertanya khabar apa jua masalah yang dihadapi oleh penduduk di dalam parlimennya.Jika ada berlaku bencana atau kejadian malang yang menimpa penduduk,beliau sanggup menghabiskan masa menjengok mereka yang terlibat.
Jika diikutkan dengan jadual rasmi yang perlu dihadiri oleh beliau,rasanya tak terkejar oleh beliau.Bukan calan-calang pemimpin yang boleh membahagikan masa antara tugasan rasmi selain turun padang mendengar serta membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.
Bantuan serta sumbangan yang diterima oleh penduduk sedikit sebanyak menghilangkan keresahan yang dialami oleh mereka kerana sumbangan yang datang itu adalah dari pemimpin berjiwa rakyat.