
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DETIM 2007
JELI 16 Jun 2007 - Majlis Perasmian Penutupan Deligasi Titisan Ilmu Anak-anak Kelantan (DETIM) 2007 telah disempurnakan oleh Prof Madya Abdul Jamal, Pengarah Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS). Program yang bermula dari 13 hingga 16 Jun itu telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertempat di Sekolah Menengah Batu Gajah,Tanah Merah.
Dalam ucapannya,Prof Madya Abdul Jamal memuji langkah proaktif pihak sekolah yang membudayakan ilmu dikalangan pelajar dengan pelbagai cara sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu.Beliau juga berharap program ini dapat memberi impak khususnya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Selain itu,beliau juga meminta para peserta program ini mengambil segala tunjuk ajar yang diperolehi sepanjang tempoh tiga hari program dijalankan sebagai satu pengisian rohani dalam melengkapkan diri masing-masing bagi menghadapi cabaran kelak.
Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh para pelajar dan para fasilitator dan juga upacara simbolik memakan ‘pulut semangat’ bagi para peserta.