Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Simbolik '61' Sambut Kedatangan Anuar Musa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 15 Jun 2007

Lawatan YB. Dato'Seri Anwar Musa

SIMBOLIK ‘61’ SAMBUT KEDATANGAN ANUAR MUSA DI NIBONG, BUKIT BUNGA

 

JELI 15 Jun 2007 - Perarakan bermotor seramai 161 orang Pemuda Umno dan dan juga kedatangan yang disambut oleh 161 orang veteran Umno menjadi simbolik ketibaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, YB.Dato’Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa di Ceramah Perdana Sambutan Kelahiran UMNO ke 61 bertempat di Bilik Gerakan Peti  Undi Nibong, Bukit Bunga, Jeli.Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah dan juga ADUN Bukit Bunga,Yang Berhormat Mohd Adhan Kechik.

 

   Dalam ucapannya,beliau menegaskan rakyat khususnya di negeri Kelantan sudah tidak sabar lagi  untuk menghadapai pilihanraya yang akan datang.Walaupun ‘gendang’ sudah berbunyi di pihak pembangkang,UMNO katanya tidak gentar dan akan berjuang memastikan pilihanraya kali ini adalah milik Barisan Nasional(BN).

 

   Kemenangan UMNO adalah juga kemenangan bagi rakyat. Pucuk pimpinan sememangnya telah merangka pelbagai agenda kemajuan yang ingin dibawa ke Kelantan jika pilihanraya kali ini milik UMNO. Jika keadaan sebaliknya,rakyat akan terus berada di takuk lama seperti mana yang berlaku kini.

 

   Beliau juga meyatakan,UMNO adalah lahir daripada perjuangan rakyat yang ingin melihat kemerdekaan pada zaman pendudukan British,dan kini UMNO adalah wadah perjuangan bangsa Melayu yang inginkan kemajuan serta kejayaan khususnya dalam menghadapi era globalisasi yang kian mencabar.

 

   Selain itu,beliau juga mengajak para hadirin untuk menilai apakah sumbangan serta kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada sekarang.Melihat pada pembangunan,Kelantan ternyata jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.Ditambah lagi dengan gejala social yang kian meruncing,perkara ini harus difikir sejenak oleh semua lapisan rakyat di negeri ini.

 

Beliau berharap pilihanraya kali ini akan mengubah scenario politik di Kelantan kerana yakin  kemenangan dapat mengubah nasib rakyat di negeri ini dan parti yang mampu berbuat demikian  hanyalah  UMNO dan juga Barisan Nasional(BN).

 

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement