

JELI: 15 Jun 2007-Deligasi Titisan Ilmu Anak-anak Kelantan(DETIM) di Sekolah Menengah Batu Gajah tetap diteruskan meskipun bekalan elektrik terputus malam tadi hasil kreativiti fasilitator yang terdiri daripada siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Mereka mengadakan beberapa permainan menguji minda bagi menggantikan slot yang tertangguh akibat ketiadaan elektrik di kawasan sekitarnya hampir 2 jam. Program motivasi yang bermula 13 Jun dan akan berakhir 16 Jun bakal dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jeli, Dato' Mustapa Mohamed.
Seramai 181 orang pelajar terlibat terdiri daripada palajar tingkatan 5 dan 6 (Atas) yang majoritinya tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah.