
PANGLIMA BAYU 17 Sep 2006 - Tanaman Jagung Sweet Melody seluas 8 hektar di Kampung Bendang Keladi merupakan tanaman kontan yang diusahakan seramai 16 peserta Unit Peladang Panglima Bayu.
Menerusi tanaman ini petani terbabit dijangka memperolehi hasil pendapatan kira-kira RM2,000 sehektar semusim.
Pemberian input pertanian pula disediakan Jabatan Pertanian dan PPK Lanas-Jedok. Matlamat utama projek itu untuk meningkatkan pendapatan petani RM1,000 sebulan selaras dengan wawasan program pembangunan pertanian Parlimen Jeli.