
JELI 14 Jun 2007- Satu modul fasilitator di bawah anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan di SMK Batu Gajah, Tanah Merah semalam.
Program yag dikendalikan oleh pelajar-pelajar jurusan Ijazah Psikologi itu berlangsung selama empat hari bermula semalam dengan melibatkan seramai 200 orang pelajar daripada tingkatan 4, 5 dan 6 dan akan dirasmikan pada 16 Jun 2007.
Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk membentuk satu gambaran awal yang terbaik dalam membentuk kepercayaan daripada para peserta disamping memastikan para pelajar tidak berasa malu apabila berada dalam kumpulan kerja serta sebagai satu persediaan awal ke alam universiti.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan termasuklah ramah mesra bersama pelajar dan pembahagian kumpulan serta program ice breaking yang dilihat mendapat sambutan baik daripada pelajar dan pihak sekolah.