
LUBOK BONGOR 09 Jun 07 - Majlis Merakyatkan Seni Budaya anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan telah diadakan di padang SK Lubok Bongor Kuala Balah Jeli Kelantan. Hampir 5000 yang hadir pada pagi ini.
Permaianan Kertok, Rebana Ubi, Rebana Kerching, Dikir Barat adalah diantara yang dipersembahkan pada malam itu. Orang ramai terutama golongan muda merasa bertuah kerana dapat melihat permainan dan seni budaya tersebut.
YB Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli hadir merasmikan majlis tersebut. Turut hadir ialah YB Tn Hj Abdul Aziz Derashid, Adun Kuala Balah dan Pengarah Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan