Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kurikulum Universiti Tempatan dirombak Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Jun 2007

KOTA BHARU 10 Jun 2007 - Kementerian Pengajian Tinggi sedang merombak kurikulum semua universiti tempatan dengan memberi penekanan kepada aspek sahsiah diri dan kokurikulum.


   Rombakan itu antara lain dilakukan kurikulum yang ditawarkan universiti tempatan kini disesuaikan dengan pasaran kerja semasa, di samping melahirkan graduan berdikari.

   Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed, berkata rombakan itu selaras dasar kerajaan yang mahu kurikulum universiti disemak lebih kerap iaitu setiap tiga tahun berbanding lima tahun sebelum ini.

   Beliau berkata, kecemerlangan pelajar universiti juga akan dinilai berdasarkan 10 peratus kegiatan kokurikulum, merangkumi kegiatan sukan dan aktiviti kemasyarakatan bagi melahirkan pelajar aktif dan berdaya saing.

    Kita sedang merombak kurikulum semua universiti yang lebih berorientasikan kemahiran komunikasi, sahsiah diri dan keusahawanan serta tidak lagi hanya berasaskan peperiksaan.

   "Tahun ini saja, kerajaan memperuntukkan RM33 juta untuk membangunkan program berkaitan sukan di semua universiti yang memerlukan pembabitan aktif pelajar dalam kegiatan yang dianjurkan universiti," katanya.

   Beliau memberitahu pemberita demikian selepas diwawancara oleh Kelantan FM di sini, semalam.

   Mustapa memberi contoh, menerusi kurikulum baru itu, pelajar jurusan komunikasi perlu mengikuti kursus berkaitan imej bagi membentuk personaliti seperti cara berpakaian, keyakinan diri dan pembentangan kertas kerja.

   "Sebelum ini, ramai graduan universiti tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi serta tiada keyakinan diri sehingga menyebabkan mereka sukar bersaing terutama untuk menempatkan diri dalam pasaran kerja," katanya.

   Mengenai usul Dewan Pemuda Pas pada muktamar parti itu yang meminta kerajaan memansuhkan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mustapa berkata, kerajaan tidak bercadang berbuat demikian.
 
   Katanya, kerajaan tidak boleh berbuat demikian kerana wang yang digunakan itu wang rakyat yang dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kerajaan perlu membayar balik.

 -Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement