Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mustapa Rai Guru BI Parlimen Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 19 Mac 2010

Mustapa bersama isterinya, Datin Khamarzan bergambar dengan guru dan pengurusan Taylors College.jpg
Mustapa dan Isterinya, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah bergambar selepas meraikan guru dan pengurusan kolej di kediamannya.



KUALA LUMPUR, 19 MAC 2010 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed malam, semalam meraikan lapan guru Bahasa Inggeris parlimen Jeli di kediaman beliau di Bukit Tunku.
 
Turut serta dalam majlis makan malam berkenaan ialah pihak pengurusan Taylor's College dimana lapan guru berkenaan akan mengikuti kursus meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris selama empat hari di kolej tersebut.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Jeli, Hanafi Mat Yunus berkata, penghantaran lapan guru terbabit adalah usaha To'Pa bagi meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di parlimen Jeli.

Menurutnya, guru-guru yang dihantar ini akan mengikuti beberapa siri program dirangka oleh pengurusan kolej berkenaan bagi memantapkan lagi penguasaan sedia ada.

"Matlamat yang kita mahu jayakan menerusi usaha ini lebih kepada pengajaran berkesan dikalangan pendidik seterusnya penyampaian ilmu dengan pendekatan lebih baik bagi memperkasakan lagi BI di parlimen Jeli.

"Walaupun To'Pa sendiri melaksanakan kelas tuisyen secara percuma kepada anak-anak di parlimen Jeli untuk penguasaan lebih baik namun mutu dan kualiti di kalangan pendidik tidak ketinggalan untuk ditingkatkan,"katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, penghantaran guru-guru BI ini diharapkan mendapat formula terbaik untuk diguna pakai seterusnya diajar dan dididik kepada pelajar-pelajar di Jeli menguasai bahasa ini.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement