Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kelantan: Program doktor masuk kampung diperluaskan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 September 2006
JELI: Program Doktor Bersama Masyarakat kini diperluaskan di seluruh
Parlimen Jeli dalam usaha mendedahkan masyarakat luar bandar kepada
kepentingan penjagaan kesihatan dalam kehidupan harian.

Usaha terbabit sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan
Kelantan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menteri Pengajian Tinggi selaku Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa
Mohamed, berkata setakat ini program sudah dijalankan di Kampung
Jakar dan Kampung Tok Che Dol dan akan diadakan di Kuala Balah, pada
Ogos ini.

Beliau berkata, program kesihatan itu mula diperkenalkan di Jeli
menerusi penubuhan pasukan doktor perubatan sukarelawan Jeli (Super
J) sejak tiga tahun lalu.

"Bagaimanapun, kali ini kita babitkan bersama Jabatan Kesihatan
negeri dan HUSM agar perkhidmatan yang diberikan itu lebih menyeluruh
dan tersusun.

"Jabatan Kesihatan negeri dan HUSH akan bergilir-gilir mengatur
program masing-masing dalam tempoh masa yang kita maklumkan kepada
mereka," katanya selepas merasmikan program doktor bersama masyarakat
di Kampung Tok Che Dol, dekat sini, semalam.

Seramai 100 kakitangan perubatan HUSM daripada pelbagai unit yang
diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr Nik Min Nik Mat, terbabit pada
program sehari itu.

Mustapa berkata, program penting kerana bukan hanya dapat memberi
perkhidmatan kesihatan percuma tetapi merapatkan Jabatan Kesihatan
Negeri dan HUSM dengan masyarakat setempat.

"Saya percaya program ini dapat memberi pendedahan menyeluruh kepada
rakyat di luar bandar terutama di Jeli mengenai penjagaan kesihatan,
pemakanan dan kawalan penyakit," katanya.

Beliau berkata, masyarakat tanpa mengira fahaman politik perlu
merebut peluang daripada khidmat yang dihulurkan Jabatan Kesihatan
dan HUSM kerana sanggup berkorban masa serta tenaga mereka menjayakan
usaha itu.//BHarian 17 Julai
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement