Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kanak-Kanak Jantung Berlubang Dapat Perhatian Datuk Abd.Aziz Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 18 Mac 2010

Datuk Abd.Aziz hadir melawat mangsa.JPG
Datuk.Abd.Aziz hadir melawat keluarga kanak-kanak jantung berlubang dekat sini.


LUBOK BONGOR, 18 MAC 2010 - Seorang kanak-kanak, Mohd Faiz Afendi yang berumur dua bulan dan menderita sakit jantung berlubang sejak dilahirkan dekat sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abd.Aziz Derashid.

Ibunya, Siti Esah Abdul Razak, 18, berkata, anaknya kini berada dalam keadaan stabil dan mempunyai harapan untuk sembuh jika mengikutinya sepenuhnya rawatan di hospital.

Menurutnya, Faiz kini mendapat rawatan di Hospital Kota Bharu dan kemungkinan untuk dia sembuh amat besar kelak.

"Namun, dengan pendapatan tidak seberapa suami menerusi hasil menoreh getah secara pawah menghadkan pergerakan kami untuknya mendapatkan rawatan.

"Alhamdulilah, setakat ini Faiz dalam keadaaan baik dan mendapat perhatian ADUN Kuala Balah,terima kasih kepadanya yang sudi menjenguk kami sekeluarga,"katanya.

Kunjungan kecaknaan dan keprihatinan Datuk Abd.Aziz selaku Timbalan Ketua UMNO bahagian Jeli itu ke rumah keluarga berkenaan turut menerima sumbangannya bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sumbangan yang diberi setidak-tidaknya memberikan kegembiraan kepada keluarga berkenaan meneruskan kehidupan mereka dengan senyuman.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement