
Khairul menyampaikan peralatan sukan kepada pemuda di Gemang.GEMANG, 12 MAC 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli akan merangka program-program lebih positif bagi membangunkan pemuda di peringkat cawangan dalam masa terdekat.
Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, program-program positif itu nanti akan menjadi titik mula dan platform kepada pergerakan Pemuda UMNO bahagian untuk menjalinkan hubungan dua hali lebih mantap.
Menurutnya,program tersebut bukan sahaja kaedah untuk menjuarai hati pemuda bahkan salah satu kempen untuk mereka mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan terjebak dari gejala yang tidak sihat.
"Adanya program-program menggerakkan pemuda maka mereka mempunyai bahtera untuk dinaiki dan kita akan berusaha memandu mereka supaya sentiasa bersama-sama barisan kita.
"Kita percaya dengan pengisian seperti ini segala lompang-lompang yang ada dapat ditampal seterusnya membawa mereka ke destainasi yang dingini kepimpinan,"katanya.