Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Dap Melenting Isu Selangor Beli Talam Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 12 Mac 2010

MELAKA, 10 Mac – Hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ketiga hari ini kecoh apabila berlaku perbalahan antara Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Insiden berlaku ketika Mohd. Ali yang juga ADUN Bukit Baru menjawab soalan tambahan wakil rakyat DAP itu.

Poay Tiong mempertikaikan bagaimana kerajaan negeri boleh menggunakan wang rakyat sebanyak RM5.43 juta melalui Yayasan Melaka bagi membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor melunaskan cukai tunggakan tanah.

Menjawab soalan itu, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri tidak menggunakan wang milik Yayasan Melaka sebaliknya daripada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House.

”Pembayaran ini tidak dibuat oleh Yayasan Melaka sebaliknya oleh DMDI Finance House setelah syarikat milik Perbadanan Ketua Menteri (CMI) bersetuju untuk membangunkan tanah berkenaan secara usahasama dengan YBK.

”Kerajaan negeri membantu YBK kerana ini adalah pelaburan yang sangat menguntungkan memandangkan nilai tanah milik YBK bernilai berlipat kali ganda berbanding ketika YBK membelinya daripada kerajaan Selangor.

”Saya melihat pelaburan kerajaan negeri sebanyak RM5.43 juta menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dan pelaburan ini tidak merugikan,” katanya pada sidang DUN itu di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila Mohd. Ali membangkitkan persoalan bagaimana kerajaan pakatan pembangkang di Selangor sanggup menggunakan wang rakyat apabila mengambil alih hutang Talam Corporation berjumlah RM391.7 juta pada tahun lalu.

Sejurus Mohd. Ali membangkitkan perkara tersebut, Poay Tiong yang berasa kurang senang, bangkit menempelak Ketua Menteri.

Tindakannya itu mendapat bantahan daripada ADUN Barisan Nasional (BN).

Hasan Rahman (BN-Sungai Rambai); Abdul Wahab Abdul Latip (BN-Durian Tunggal), Datuk Ghazale Mohamad (BN-Serkam) dan Datuk Ab. Rahman Ab. Karim (BN-Pantai Kundor) bingkas membantah sikap Poay Tiong.

Keadaan itu memaksa Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad campur tangan bagi meredakan keadaan dan memberi amaran kepada Poay Tiong agar lebih beradab ketika berada di dalam dewan.

Terdahulu menjawab soalan ADUN DAP itu mengenai keuntungan dan kerugian yang dialami oleh Yayasan Melaka bagi tahun berakhir Disember 2009, Mohd. Ali berkata, keuntungan yayasan tersebut berdasarkan draf penyata pendapatan adalah sebanyak RM7.2 juta. -MediaUMNO/Utusan

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement