Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Biro Penerangan Gerakkan Taqarrub Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 11 Mac 2010

Bakri turun menjayakan program gerak tumpu baru-baru ini.jpg
Bakri (tengah) menghadiri program Gerak Tumpu sebelum ini.


JELI, 11 Mac 2010 - Biro Penerangan UMNO Bahagian Jeli akan turun dalam masa terdekat melaksanakan program Taqarrub di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen ini.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jeli, Bakri Daud berkata,program Taqarrub itu nanti merupakan satu rangka program terbaik dalam menjelaskan isu-isu semasa kepada akar umbi.

Menurutnya,program turun ke setiap petiundi itu bukan sahaja membuka peluang kepada peringkat bawah untuk melontarkan idea dan pandangan tetapi keadah ini dilihat satu pendekatan yang mampu membina kekuatan UMNO di bahagian sekiranya berlaku pilihan raya kecil mahupun umum nanti.

"Taqarrub ini lebih kepada menjuarai rakyat dalam segala isu yang dibangkitkan pembangkang dan kita akan berusaha memberi penerangan sebaik mungkin kepada mereka (rakyat) supaya mereka tidak terkeliru dan tahu kedudukan sebenar.

"Malahan program ini juga umpama sesi soal jawab, setiap kemusykilan boleh dilontarkan akar umbi dan kefahaman sebaik mungkin akan diberikan untuk mereka bagi setiap persoalan yang ditanya,"katanya.

Beliau berkata, sehingga kini di setiap DUN sekurang-kurangnya tiga program penerangan dilaksanakan setiap minggu di tiga DUN iaitu di Bukit Bunga, Ayer Lanas dan Kuala Balah menerusi program Gerak Tumpu.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement