Mesyuarat menjayakan program Gerak Tumpu, semalam dihadiri semua kepimpinan peringkat DUN.AIR MERBO, 10 MAC 2010 - Biro Penerangan UMNO Bahagian Jeli akan menggerakkan Ceramah Gerak Tumpu pada 15 Mac ini di hadapan pejabat bironya di simpang tiga, Air Merbo dekat sini.
Ceramah Gerak Tumpu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga itu akan berlangsung pada jam 9 malam dan penceramah yang dijemput ialah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Afendi Yusof dan Ustaz Zulkifli Teow.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jeli, Bakri Daud berkata, program yang digerakkan itu akan memberi penjelasan tentang isu-isu semasa politik pada hari ini.
Menurutnya, isu-isu yang dibangkitkan nanti akan diberi penjelasan lebih mendalam kepada akar umbi supaya kefahaman rakyat lebih baik dan mereka tahu kedudukan sebenar dalam isu dicanangkan pembangkang.
"Bagi menjayakan program itu nanti, biro penerangan menjemput semua hadirin untuk hadir mendengar dan memahami segala isu yang akan dikupas oleh penceramah hebat,"katanya.
Hadir bersama pada masjlis ialah Naib Ketua Pergerakan Wanita UMN0 Bahagian Jeli, Fauziah Ab.Rahman, Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPMM) DUN Bukit Bunga, Adnan Hamid dan kepimpinan UMNO peringkat DUN.